Google+ Followers

Thursday, September 5, 2013

elak tipu helah penjenayah yang menyamar sebagai penghantar bungkusan

Tips elak tipu helah penjenayah yang menyamar sebagai penghantar bungkusan.

Jika ketika anda berada di rumah, dan didatangi oleh seorang individu yang mendakwa beliau dari syarikat perkhidmatan pos/ kurier dan turut mendakwa mempunyai bungkusan yang dialamatkan ke rumah anda, ikuti beberapa tips ini sebelum menerimanya:

1. JANGAN JADIKAN TABIAT untuk segera membuka pintu atau pagar rumah jika menerima kunjungan daripada orang yang tidak dikenali.

2. Pastikan beliau berpakaian KEMEJA RASMI syarikat. Satu kelebihan kepada anda jika mengingati warna atau rekaan pada kemeja rasmi yang digunakan oleh syarikat-syarikat perkhidmatan pos/kurier di negara ini.

3. TANYAKAN BEBERAPA SOALAN mengenai bungkusan yang dihantar. Misalnya nama, alamat serta nombor telefon pengirim serta penerima yang tertulis pada bungkusan tersebut. Jika beliau memberi pelbagai alasan untuk tidak menjawab soalan anda, JANGAN TERIMA BUNGKUSAN TERSEBUT.

4. Pada masa yang sama, HAFAL BENTUK FIZIKAL individu berkenaan. Maklumat sedemikian amat penting kepada pihak polis jika individu berkenaan bukanlah penghantar bungkusan yang sebenarnya. Tips tambahan: Ambil gambar individu tersebut secara bersembunyi menggunakan telefon berkamera misalnya.

5. Jika bungkusan tersebut dinyatakan atas nama ahli keluarga yang lain, AMBIL MASA SEBENTAR UNTUK HUBUNGI mereka dan dapatkan kepastian sama ada mereka ada membuat pembelian atas talian atau memenangi sebarang peraduan.

Dan akhir sekali,

6. Anda perlu PEKA KEPADA MASA/WAKTU bungkusan tersebut dihantar. Periksa waktu operasi syarikat tersebut yang sebenarnya. Jika ia dihantar agak lewat petang/malam, mohon ia dihantar keesokan harinya, kecuali anda telah pun dimaklumkan terlebih dahulu oleh pihak mereka waktu penghantaran ke rumah anda.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...